GAZA: Tujuh rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak cedera dalam dua serangan Israel di Gaza semalam, meskipun wilayah itu ‘terikat’ dengan perjanjian gencatan senjata. Saksi berkata, sebuah dron Israel menyerang kenderaan di Jalan Al-Rashid, barat kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza. Sumber perubatan berkata, lima orang cedera, termasuk seorang kanak-kanak dilaporkan dalam keadaan kritikal. Dua lagi rakyat Palestin cedera apabila sebuah dron menyerang sebuah jentolak di kawasan al-Faraheen, timur Khan Younis di selatan Gaza. Serangan itu berlaku beberapa jam selepas satu lagi dron Israel menembak dua peluru berpandu berhampiran kereta yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya