GAZA: Pejuang Hamas dan rejim Israel melaksanakan pertukaran kelima di bawah perjanjian gencatan senjata ‘rapuh’ melibatkan tiga tebusan dan 183 tahanan Palestin, semalam. Dalam pertukaran terbaharu, Kelab Tahanan Palestin mengecam kekejaman dan layanan buruk di penjara Israel apabila tujuh daripada mereka memerlukan rawatan di hospital Tebing Barat. “Semua tahanan yang dibebaskan hari ini (Sabtu) memerlukan rawatan perubatan akibat kekejaman yang mereka hadapi dalam penjara,” kata kumpulan advokasi itu. Hamas dalam satu kenyataan menuduh Israel melakukan serangan dan penganiayaan sistematik terhadap tahanan Palestin, yang disifatkan pejuang sebagai ‘dasar pembunuhan secara perlahan’.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya