Ismail Sabri stabil, perlukan pemantauan rapi hospital - Utusan Malaysia

Ismail Sabri stabil, perlukan pemantauan rapi hospital

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.

Setiausaha akhbar beliau, Azran Fitri Abdul Rahim berkata, Ismail Sabri bagaimanapun kini dalam keadaan stabil

“Keadaan beliau (Ismail Sabri) okey cuma tekanan darah turun naik. Jadi, beliau memerlukan pemantauan rapi,” katanya

Azran Fitri berkata, pihak hospital tidak membenarkan pelawat buat sementara waktu kecuali ahli keluarga sehingga kesihatannya kembali pulih.

Sebelum ini, Ismail Sabri dilaporkan pengsan dan tidak sedarkan diri serta telah dikejarkan ke hospital di Kota Damansara pukul 2.30 pagi semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya