BALIK PULAU: Ibu bapa murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Teras di sini meluahkan kebimbangan terhadap isu keselamatan ekoran banyak kenderaan dipandu laju di hadapan sekolah meskipun dipasang papan tanda amaran. Kerisauan itu akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini apabila sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang diletakkan di bahu jalan berhampiran sekolah berkenaan dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda iaitu Toyota Hilux yang dipandu laju. Insiden itu menguatkan lagi desakan mereka supaya pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan segera iaitu dengan membina bonggol bagi memperlahankan kenderaan yang melalui kawasan sekolah terbabit.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya