HONG KONG: Hong Kong bakal mengharamkan pemilikan dan penggunaan rokok elektronik di tempat awam menjelang pertengahan 2026, selaras dengan agenda kerajaan untuk meneruskan anti tembakau. Penggunaan rokok elektronik masih berleluasa di Hong Kong walaupun hab kewangan China mengharamkan pengimportan, pembuatan dan penjualannya serta produk tembakau sejak April 2022. Setiausaha Kesihatan Hong Kong, Lo Chung-mau berkata, larangan itu bertujuan untuk melindungi setiap individu di negara berkenaan, terutamanya generasi muda. “Untuk melindungi golongan muda, kami percaya sudah tiba masanya untuk mengharamkan penggunaan kartrij rokok elektronik. “Kami akan memulakan dengan menguatkuasa undang-undang terhadap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya