PETALING JAYA: Hari Sarapan Malaysia MILO® 2025 terus menghangatkan suasana apabila berjaya menarik kehadiran lebih 35,000 peserta di Putrajaya bulan lalu, meneruskan jelajahnya ke seluruh negara.
Jelajah ini juga menyaksikan kejayaan di Johor dengan penglibatan 8,000 peserta, manakala di Pulau Pinang, lebih 12,000 peserta turut hadir memeriahkan acara yang diadakan, baru-baru ini.
Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO® Malaysia, Ng Su Yen berkata, MILO® berbangga dapat memberikan khasiat kebaikan kepada rakyat Malaysia selama 75 tahun.
“Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ini, kami berkomitmen untuk memberi inspirasi kepada masyarakat agar memulakan hari mereka dengan penuh tenaga dan matlamat. MILO® terus menggalakkan gaya hidup sihat yang aktif,” katanya dalam kenyataan.
Dengan tema ‘Dulu, Kini dan Selamanya Demi Malaysia’, MILO® terus berpegang pada nilai-nilai yang menjadikannya sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia sejak sekian lama.
Sejak pertama kali diadakan pada 2013, Hari Sarapan Malaysia MILO® berjaya menyatukan lebih setengah juta rakyat Malaysia, mendorong mereka untuk memulakan hari dengan sarapan yang berkhasiat.
Acara ini tidak hanya menekankan kepentingan aktiviti fizikal, tetapi juga berusaha membudayakan amalan pemakanan sihat dan gaya hidup positif.
Antara acara utama adalah Larian Sarapan MILO® sejauh tiga kilometer (km) yang berjaya menghimpunkan peserta di lokasi seperti Educity, Iskandar Puteri, Johor dan Aspen Vision City, Batu Kawan, Pulau Pinang.
Peserta turut berpeluang menyertai aktiviti penuh bertenaga di garisan penamat, termasuk senaman Zumba dan Strong Nation dalam MILO® Fitness Workout.
Di samping itu, MILO® Goodness Truck yang terkenal memberi peluang kepada orang ramai melihat bagaimana minuman MILO® yang digemari ramai dihasilkan. Trak ini turut menyediakan minuman penuh bertenaga untuk menghilangkan dahaga sepanjang acara.
Aktiviti lain termasuk permainan sukan interaktif, sesi pendidikan serta rundingan pemakanan yang bermanfaat.
Kemeriahan acara semakin bertambah dengan pelancaran Logo Sambutan Ulang Tahun ke-75 MILO® oleh Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Mad Shah.
Acara ini juga diwarnai dengan kehadiran selebriti seperti Nadhir Nasar dan Erysha Emyra, yang merupakan rakan MILO®.
Hari Sarapan Malaysia MILO® 2025 akan berakhir dengan jelajah terakhir di Kuantan, Pahang pada 20 April depan.