Hanya satu kem dalam DAP - Anthony Loke - Utusan Malaysia

Hanya satu kem dalam DAP – Anthony Loke

ANTHONY Loke Siew Fook pada Majlis Minum Petang Bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Parlimen Seremban dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah di Seremban hari ini. -UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: “Hanya terdapat satu kem sahaja dalam DAP”. Itu penegasan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook ketika ditanya tentang wujudnya beberapa kem di dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bulan depan.

Beliau juga mengakui tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut malah menganggap ia perkara biasa setiap kali menjelang pemilihan CEC.

“Itu biasalah dakwaan macam-macam dalam setiap kali pemilihan. Kami tidak endahkan kerana pimpinan DAP ini merupakan satu pasukan bersatu padu dan kuat. Dakwaaan sebegini bukan dari dalam tetapi luar yang cuba mengganggu gugat ketenteraman dalam parti. Ini daripada orang yang mungkin dengki dengan DAP, musuh politik.

“Bagi saya ini perkara biasa (dakwaan) dan kami semuanya pemimpin matang dalam kepemimpinan utama dan kami tahu menilai, tidak perlulah bergaduh pasal perkara seperti ini. Saya pun tidak terganggu dan menjalankan tugas seperti biasa, saya tidak tahu apa-apa kem, satu kem sahaja…. kem DAP,” katanya.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Seremban berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Minum Petang Bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Parlimen Seremban dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu menambah, proses meremajakan parti sentiasa menjadi keutamaan DAP setiap kali pemilihan.

“Ini selalu saya tekankan setiap kali pemilihan di mana meletakkan muka dalam kalangan pemimpin muda termasuklah dalam pilihan raya supaya mereka dapat didedahkan dengan pengalaman dan kepemimpinan.

“Jika tidak diberikan peluang tersebut macam mana mahu dapat pengalaman dan pengalaman itu mestilah melalui proses, umpamanya menjadi calon, itu proses yang dibuat selama ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya