SEOUL: Polis Korea Selatan mengesahkan insiden guru menikam seorang murid berusia lapan tahun di sebuah sekolah rendah berhampiran bandar Daejeon pada Isnin lalu, sebagai serangan yang dirancang. Bagaimanapun, suspek yang berusia 40-an mengakui tidak mempunyai sasaran tetap dan hanya memilih mangsa secara rawak, apabila kanak-kanak malang terbabit menjadi individu terakhir meninggalkan sekolah. Polis dalam kenyataan berkata, kejadian berlaku di dalam bilik stor yang bersambung dengan bilik audiovisual di tingkat dua sekolah berkenaan. Mangsa, dikenali sebagai Kim Ha-Neul, ditemukan parah dengan kesan tikaman di muka dan bahu, manakala suspek turut cedera…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya