Golongan OKU terima peluang kerja sama rata di JS-SEZ - Utusan Malaysia

Golongan OKU terima peluang kerja sama rata di JS-SEZ

Khairin-Nisa Ismail (tengah) bergambar bersama pemimpin masyarakat dan peserta yang menghadiri program Pemerkasaan OKU dan Wanita (Pesona) 2025 di Sireh Park, Iskandar Puteri, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Golongan orang kurang upaya (OKU) akan diberikan peluang sama rata untuk mendapat akses terhadap pekerjaan yang bakal tersedia menerusi inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, pihaknya komited memastikan hasrat itu dalam membina ekosistem pekerjaan saksama kepada semua golongan.

Katanya, usaha itu selari dengan agenda menjadikan Johor negeri maju menjelang 2030.

“Golongan OKU akan diberi peluang sama rata bagi menyumbang kepada pembangunan dan ekonomi negeri melalui pelbagai inisiatif pekerjaan.

“Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berhasrat memastikan limpahan ekonomi negeri dinikmati secara bersama semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program Pemerkasaan OKU dan Wanita (Pesona) 2025 di Sireh Park di sini, hari ini.

Tambah Khairin-Nisa, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) bagi memastikan perkara itu terlaksana.

“Kami ingin pastikan semua inisiatif diumumkan oleh Menteri Besar dalam bajet negeri dilaksanakan dengan lancar dan segera. Kerajaan negeri akan turut bekerjasama dengan pemimpin industri, agensi kerajaan, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membangunkan program pekerjaan komprehensif dan sesuai untuk OKU.

“Inisiatif ini termasuk latihan vokasional, penambahbaikan aksesibiliti di tempat kerja serta skim insentif untuk syarikat yang mengambil pekerja dalam kalangan OKU,” ujarnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya