Genap 33 tahun kehilangan Sudirman, sukar dicari ganti - Utusan Malaysia

Genap 33 tahun kehilangan Sudirman, sukar dicari ganti

SEORANG peminat menziarah pusara Allahyarham Sudirman Haji Arshad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cengal, Temerloh, Pahang, semalam. – MINGGUAN/SALEHUDIN MAT RASAD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Kehilangan permata seni negara, Datuk Sudirman Haji Arshad yang kembali ke negeri abadi genap 33 tahun lalu semalam, masih sukar dicari ganti dan keistimewaan penghibur itu kekal segar dalam ingatan peminatnya.

Seorang peminat penyanyi tersohor itu, Mohd. Rizal Shamsuddin, 44, berkata, dia masih ingat bapa dan datuknya ditugaskan menggali persemadian terakhir seniman itu di Tanah Perkuburan Kampung Chengal, Batu 1 di sini, ketika berusia 11 tahun.

Katanya, ketika masih di sekolah rendah ketika zaman kegemilangan Sudirman, dia kerap terserempak dengan Allahyarham semasa pulang ke Temerloh dan bersolat Jumaat di Masjid Batu Satu.

“Saya masih ingat Allahyarham seorang yang peramah dan ringan tangan membantu membentang sejadah tanpa rasa kekok dan sombong walaupun status sebagai penyanyi terkenal,” katanya ketika ditemui sedang membersihkan Tanah Perkuburan Kampung Cengal, semalam.

Menurutnya, antara lagu dendangan Sudirman yang memberi kesan mendalam kepadanya adalah Merisik Khabar, Pelangi Petang dan Salam Terakhir yang menjadi satu ‘khazanah’ peninggalan penghibur itu kepada rakyat Malaysia.

Seorang lagi peminat, Siti Norezah Abdul, 53, berkata, lagu-lagu Sudirman mempu­nyai aura tersendiri apatah lagi sering berkumandang di corong radio selain menjadi pilihan di majlis kenduri kahwin dan pusat karaoke.

“Lagu dendangan Allahyarham kembali hidup menjelang Ramadan dengan lagu hari rayanya dan Bulan Kemerdekaan menerusui lagu popular Tanggal 31 Ogos dan Warisan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penera­ngan Persatuan Sahabat 60-an Pahang, Adiq Norfadilah Yunus berharap kerajaan membina semula rumah asal Sudirman sebagai galeri dan memorial sejarah sebagai bukti jasanya dikenang semua peringkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya