Gembira terima sumbangan pakaian, peralatan sekolah

Gembira terima sumbangan pakaian, peralatan sekolah

MOHD. Zikir Ahmad Rodhwan Abdul (kanan) dan isterinya bersama dua anak mereka menerima sumbangan pakaian seragam dan peralatan sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang Temerloh di Temerloh, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Tiada apa lebih menggembirakan seorang ibu apabila menerima bantuan pakaian seragam, beg dan peralatan sekolah untuk keperluan tiga anaknya bagi memulakan sesi baharu persekolahan, tidak lama lagi.

Sumbangan itu daripada Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Penerima berkenaan, Linayati Jusoh, 48, berkata, dia tidak mampu menyediakan pakaian seragam, beg dan peralatan sekolah untuk keperluan tiga anaknya memandangkan suaminya seorang pekerja kilang yang memperoleh pendapatan kurang RM1,000 sebulan.

“Kami tidak mampu dari segi kewangan, ketiga-tiga anak saya akan memakai pakaian seragam dan menggunakan peralatan sekolah tahun lalu yang masih dikira elok jika tiada sumbangan ini.

“Barangan keperluan sekolah semakin mahal setiap tahun dan bantuan sebegini dapat mengurangkan beban kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semasa program sumbangan tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang, di sini semalam.

Menurut Linayati, bantuan itu tepat pada masanya dan membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang mampu untuk membuat persiapan persekolahan baharu.

Seorang generasi kedua Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau, Mohd. Zikir Ahmad Rodhwan Abdul, 43, berkata, dia bersyukur menerima sumbangan yang sama untuk keperluan persekolahan dua anaknya.

“Bantuan ini menyelesaikan persiapan persekolahan peringkat awal,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya