WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan agensi kerajaan mengecilkan jumlah kakitangan awam persekutuan, termasuk memansuhkan peranan tertentu. Arahan itu berkuat kuasa sejurus Trump menandatangani perintah eksekutif baharu kelmarin, untuk pegawai agensi merangka rancangan pemotongan ‘skala besar’ kepada tenaga kerja persekutuan. Ini termasuk memberikan kuasa tambahan kepada penasihatnya, Elon Musk untuk meluluskan pelantikan pegawai kerajaan akan datang. Perintah itu memberikan kuasa kepada Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) di bawah Musk dalam membentuk Perkhidmatan Awam, selaras dengan usaha pentadbiran Trump untuk mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan secara drastik. Dasar baharu itu menetapkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya