PHNOM PENH: Dua kanak-kanak Kemboja maut apabila sebutir bom tangan berkuasa roket yang dipercayai tertanam sejak perang saudara meletup berhampiran rumah mereka. Letupan berlaku pada Sabtu lalu di sebuah kampung terpencil di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, yang pernah menjadi medan pertempuran antara tentera kerajaan dan pejuang Khmer Rouge pada 1980-an dan 1990-an. Mangsa terkorban merupakan sepupu, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan, masing-masing berusia dua tahun. Menurut laporan siasatan, mangsa sedang bermain dan menggali tanah, di mana mungkin terkena bom tangan itu sehingga menyebabkan letupan, kata Ketua Pengarah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya