Dasar jelas tarik tumpuan pelabur - PM - Utusan Malaysia

Dasar jelas tarik tumpuan pelabur – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dasar jelas seperti Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) antara faktor utama Malaysia kini menjadi tumpuan pelabur luar.

Bukitnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Komersial Arm Limited, Will Abbey di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, Arm Limited merupakan syarikat peneraju dunia dalam teknologi Unit Pemprosesan Pusat (CPU) yang berpangkalan di United Kingdom.

Antara lain, katanya, firma itu turut memberi fokus kepada pembinaan masa depan pengkomputeran.

“Ini termasuk peranan sebagai arkitek, membangun dan melesenkan penyelesaian hak harta intelek (IP) yang berprestasi tinggi, kos rendah dan cekap tenaga.

“Dalam pertemuan ini, kami bertukar pandangan mengenai arah tuju teknologi pengkomputeran agar Malaysia boleh mengukuhkan kedudukan dalam menjadi hub terutamanya terkait ekosistem semikonduktor dan pusat data,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya.

Beliau berkata, pertemuan itu menjadi satu lagi bukti bahawa melalui dasar yang jelas seperti NSS dan lain-lain kelebihan menjadikan Malaysia tumpuan pelabur-pelabur luar.

Tahun lalu, kerajaan berhasrat menarik sekurang-kurangnya RM500 bilion menerusi NSS yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

NSS akan meliputi tiga fasa melibatkan Pelaburan Langsung Domestik (DDI) yang memberi tumpuan kepada Reka Bentuk Litar Bersepadu atau Intergrated Circuit (IC); Pembungkusan dan Peralatan Pembuatan, serta Pelaburan Langsung Asing (FDI).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya