GAZA: Pihak Berkuasa Palestin (PA) menamatkan program pemberian elaun kepada keluarga rakyat Palestin yang terbunuh atau dipenjarakan oleh Israel, seperti yang dituntut Amerika Syarikat (AS) dan Tel Aviv sebelum ini. Terdahulu, Presiden Mahmoud Abbas mengeluarkan dekri yang membatalkan artikel undang-undang berkaitan dengan inisiatif elaun tersebut. Perintah itu menggambarkan langkah tersebut sebagai penstrukturan semula, dengan memindahkan dana daripada Kementerian Pembangunan Sosial ke Yayasan Kebangsaan Palestin untuk Pemerkasaan Ekonomi. Ia menyatakan bahawa keluarga yang terjejas masih layak menerima bantuan kebajikan seperti rakyat Palestin lain mengikut piawaian keadilan. Namun, tidak jelas sama ada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya