BEIJING: Tentera China mengecam pelayaran sebuah kapal perang Kanada di Selat Taiwan kelmarin, dan menyifatkan ia ‘menggugat keamanan’ di perairan itu. Kapal itu melakukan misi selang beberapa hari selepas kapal tentera laut Amerika melaksanakan misi yang sama. Jurucakap Komando Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA), Li Xi berkata, tindakan Kanada sengaja mencetuskan masalah dan menjejaskan keamanan serta kestabilan di seluruh Selat Taiwan. Beliau berkata, pihaknya menghantar tentera laut dan udara untuk memantau laluan kapal itu, selain memberi amaran menentang semua ancaman serta provokasi. Kementerian Pertahanan Taiwan pada Ahad memaklumkan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya