Buruh ladang ‘berkorban’ jaga keluarga angkat uzur

Buruh ladang ‘berkorban’ jaga keluarga angkat uzur

MOHAMAD Azrol Nor Akmar Qomarudin (kanan) bersama keluarga angkatnya di Kampung Perak, Pulau Tawar, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seorang pemuda yang bekerja sebagai buruh ladang sawit dan pembinaan dengan pendapatan hanya RM500 sebulan tabah menjaga kebajikan ibu dan bapa angkatnya yang uzur di Kampung Perak, Pulau Tawar di sini.

Mohamad Azrol Nor Akmar Qomarudin, 24, berkata, dia melakukan pelbagai pekerjaan seperti buruh ladang dan pembantu tukang rumah untuk menyara keluarga angkatnya yang menjaganya sejak kecil.

“Kedua-dua pekerjaan ini bukanlah dilakukan setiap hari, sekiranya diperlukan saya dipanggil bekerja oleh pengusaha berkenaan barulah memperoleh upah antara RM500 hingga RM600 sebulan.

“Pendapatan ini tidak mencukupi untuk kebajikan kedua ibu bapa angkat dan keperluan sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Mohamad Azrol, ketika ibu bapa angkatnya, Rosli Muhamad, 76, dan Norliah Muhammad, 64, tidak sihat, dia tidak dapat keluar bekerja dan perlu memberi sepenuh masa menguruskan rawatan ke hospital serta keperluan makan minum.

“Kesihatan bapa angkat saya agak membimbangkan kerana badannya lemah, penglihatan kabur dan tidak mampu berjalan jauh cuma bergerak dalam rumah sahaja,” katanya.

Menurutnya, dia dilahirkan di Hospital Jengka dan kemudian dijaga oleh keluarga angkat itu sejak berusia seminggu setelah ibu bapa kandungnya kembali ke Jawa Timur, Indonesia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya