Budak lelaki dilaporkan hilang sejak malam tadi - Utusan Malaysia

Budak lelaki dilaporkan hilang sejak malam tadi

Hud Aryan Mohd. Nor Hafifi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hlang dalam kejadian di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomca dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Mohd. Asmadi Ariffin berkata, mangsa dikenali Hud Aryan Mohd. Nor Hafifi yang berusia satu tahun tujuh bulan.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.02 malam kemudian bergegas ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat.

“Gerakan mencari mangsa dilakukan bersama polis dan orang awam, namun mangsa tidak dijunpai sehingga tengah malam tadi sebelum operasi ditangguhkan.

“Operasi disambung mencari kanak-kanak itu disambung semula pada pagi ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa, Muaz Ramli, 33, ketika dihubungi berkata, mangsa dilaporkan hilang secara tiba-tiba selepas selesai makan malam.

Katanya, menyedari ketiadaan mangsa dalam rumah, ibunya mencari mangsa di kawasan sekitar rumah dan kampung.

“Keluarga mangsa terus menghubungi pasukan bomba untuk membantu operasi mencari mangsa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya