PANGKALPINANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dilaporkan hilang selepas dibaham seekor buaya ketika menemani kakaknya memancing di Sungai Muara Pangkalbalam, Kota Pangkalpinang, Belitung, semalam. Mangsa, Tina Ramadani, dikatakan sedang bermain air di tebing sungai sebelum dibaham reptilia tersebut dan menyeretnya masuk ke dalam air. Menurut laporan Pos Belitung, kawasan sungai tersebut sememangnya dikenali sebagai habitat buaya muara dan penduduk sering melihat kelibat buaya di kawasan berkenaan. Ketua Pejabat Badan Pencarian dan Pertolongan Nasional (Basarnas) Pangkalpinang, I Made Oka Astawa, berkata pihaknya menerima laporan mengenai seorang kanak-kanak yang telah disambar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya