Bina perumahan rakyat di estet - PM

Bina perumahan rakyat di estet – PM

Perumahan estet
ANWAR Ibrahim menyaksikan model unit rumah pada Majlis Pecah Tanah Projek PRR Harmoni Madani Bestari Jaya, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kerajaan mengarahkan pembinaan perumahan rakyat perlu bagi kesemua keluarga yang bekerja dan tinggal di dalam kawasan estet di seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rundingan dengan pemilik-pemilik estet berskala besar perlu diadakan bagi mengenal pasti kawasan yang boleh dibangunkan untuk pembinaan Program Residensi Rakyat (PRR).

Menurutnya, matlamat seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang yang dilakukan oleh kerajaan baru-baru ini wajar dijadikan contoh untuk memastikan kehidupan rakyat yang lebih selesa turut dinikmati di kawasan luar bandar.

Contoh di Subang, bagaimana kita bangunkan, cat balik, baiki lif, beri rakyat duduk senang sedikit. Hari ini, kita mahu tengok pun kita boleh bangunkan. Banyak kita tengok estet-estet besar, banyak juga pekerja-pekerja India di situ.

“Kita mula berunding dengan estet-estet besar, beri sedikit tanah. Tak boleh 20 ekar, 10 ekar, tetapi beri sedikit tanah, kita tolong bangunkan supaya penghuni estet ada rumah yang agak baik untuk diduduki. Jadi saya mahu semua estet yang mana (ada) perumahan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek PRR Harmoni Madani Bestari Jaya, hari ini.

Projek PRR Harmoni Madani Bestari Jaya memberi nafas lega kepada lebih 200 keluarga yang bekerja di Ladang Mary, Ladang Nigel Garder, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak.

Pembinaan perumahan itu menelan belanja sehingga RM75 juga yang dibina di atas tanah seluas 20 ekar sumbangan syarikat Berjaya Corporation Berhad (Berjaya) dan dijangka siap pada suku pertama 2027.

Perumahan tersebut yang merangkumi 245 unit itu disubsidi kerajaan sehingga RM58.8 juta apabila kos bagi seunit dianggarkan berjumlah RM300,000, namun dijual pada harga RM45,000.

Selain itu, Anwar turut menempelak pemimpin yang mengkritik kerajaan berhubung pembinaan perumahan rakyat kurang berkemampuan sama ada B40 atau M40 dan mempersoalkan masalah sedemikian sepatutnya selesai ketika mereka berkuasa.

“Sebab itu saya katakan, bila kita runding, hormat antara satu sama lain, bincang dan saya terima kasih kepada saudara Kor Ming (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming) kerana ambl inisiaitif betul-betul (dengan serius).

“Berapa banyak menteri ganti (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) tetapi projek tak boleh siap. Tetapi caranya dia (Kor Ming) dengar daripada (pemilik) estet, pihak berkuasa tempatan (PBT), kementerian, menteri besar dan bawa ke Jemaah Menteri dan tanya saya. Jadi bila kita runding begitu kita boleh selesai.

“Kadang-kadang yang cakap banyak, dia sudah jadi pemimpin dahulu sudah kaya raya tetapi pergi hasut kata belum buat. Saya kata betul belum buat, tetapi ketika kamu perintah kenapa tak buat?” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya