Bicara Zayn Rayyan: Enam saksi selesai pengecaman lokasi

Bicara Zayn Rayyan: Enam saksi selesai pengecaman lokasi

RAMZANI Idris ketika ditemui pemberita selepas sesi prosiding lawatan pengecaman lokasi di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enam saksi pendakwaan dan ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin selesai membuat pengecaman lokasi di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini.

Enam saksi itu terdiri daripada dua pegawai polis, Asisten Superintendan Nor Zaharuddin Sanip dan Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin; dua orang awam, Siti Natrah Ismail dan Rashidah Rajali serta dua orang kanak-kanak.

Sesi prosiding lawatan itu mengambil masa dua jam 30 minit meliputi sekitar kawasan Blok R, anak sungai (tempat penemuan mayat Zayn Rayyan) dan kawasan di mana kali terakhir saksi melihat Zayn Rayyan.

Peguam bela yang mewakili kedua tertuduh, Ramzani Idris berkata, lawatan itu bertujuan untuk pengecaman lokasi secara tepat oleh saksi-saksi terlibat sebelum sesi soal balas di mahkamah.

“Hari ni untuk identifikasi tempat kejadian sebab tempat kejadian kita tidak boleh identifikasikan secara sepenuhnya dalam gambar. Jadi tadi kita identifikasikan tempat kejadian.

“Sesi hari ini habis dan akan bersambung esok untuk kita soal balas saksi-saksi yang tadi. Semua telah selesai hari ini dan insya-Allah kita tidak pergi lagi tempat kejadian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi prosiding lawatan tersebut.

Selain saksi-saksi berkenaan, turut berada di lokasi ialah Hakim Mahkamah Sesyen, Dr. Syahliza Warnoh, Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Kamarul Iman Ahmad Sapian serta beberapa pegawai mahkamah terlibat.

Sementara itu, prosiding perbicaraan diteruskan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya esok, bagi sesi soal balas oleh kedua-dua pihak.

Pada 13 Jun 2024, Zaim Ikhwan dan Ismanira; kedua-duanya berusia 30 tahun, mengaku tidak bersalah mengabaikan Zayn Rayyan.

Mengikut pertuduhan, sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka yang berusia enam tahun, pasangan tersebut didakwa bersama-sama mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya