Berdepan penjara akibat cuba rasuah pegawai imigresen

Berdepan penjara akibat cuba rasuah pegawai imigresen

TEO Wei Chin (kanan) mengaku bersalah menawarkan rasuah RM5,000 kepada seorang anggota imigresen ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang lelaki berdepan hukuman penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan rasuah RM5,000 kepada seorang anggota imigresen, tahun lalu.

Tertuduh, Teo Wei Chin, 34, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang Penolong Penguasa Imigresen KP29 Jabatan Imigresen (JIM) di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 6.30 petang, 6 Ogos 2024.

Perbuatan itu didakwa sebagai balasan membenarkan seorang wanita Thailand, Phailin Chaitamatr masuk ke Malaysia walaupun tidak memenuhi syarat sebagai pelancong selaras Pekeliling Imigresen Malaysia Terhad (PIMT) 10/27.

Dia yang bekerja dalam sektor swasta di Johor didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Zulfadli Azharudin dan Ahmad Fariz Abdul Hamid manakala tertuduh diwakili peguam, Wong Vi Vian.

Mahkamah menetapkan 25 Mac depan untuk menjatuhkan hukuman dan membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM7,000 sementara menunggu prosiding seterusnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya