KAMPHAENG PHET: Sebuah trak pikap yang ditemukan terbiar di sebuah rumah usang berdekatan Khlong Khlung, wilayah Kamphaeng Phet, Thailand membongkar kematian tragis tiga beranak, semalam. Penemuan menggemparkan itu bermula dengan laporan penduduk tempatan yang mengesan bau busuk sejak beberapa hari lalu. Susulan itu, polis Khlong Khlung menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 11 pagi waktu tempatan, sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama pasukan penyelamat dari Yayasan Penyelamat Sawang Kamphaeng Phet. Polis mendapati sebuah trak pikap Isuzu D-Max berwarna putih yang diletakkan di hadapan rumah usang konkrit. Lebih mencurigakan, trak itu ditutup…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya