Bank Rakyat santuni 600 murid menerusi program Kembali Ke Sekolah - Utusan Malaysia

Bank Rakyat santuni 600 murid menerusi program Kembali Ke Sekolah

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan (dua dari kiri) ketika memberi sumbangan bag sekolah kepada kanak-kanak yang menerima sumbangan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kembali ke Sekolah di Dewan Serbaguna, Seksyen 7, Kota Damansara di sini, hari ini. Gambar ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Seramai 600 murid dari 19 buah sekolah menerima sumbangan bernilai RM48,000 berupa kelengkapan persekolahan melalui Program Jangkauan Komuniti Madani: Kembali Ke Sekolah yang dianjurkan Bank Rakyat.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, penglibatan sektor korporat dalam membantu kesejahteraan kanak-kanak merupakan satu usaha yang sangat dialu-alukan dan merupakan tunjang kepada masa depan negara.

Menurutnya, beliau turut menyumbang sebanyak RM20 untuk membuka Akaun Simpanan-i Nuri bagi kesemua 600 orang pelajar yang terlibat hari ini.

“Akaun Simpanan-i Nuri ini adalah khas untuk pendidikan dan masa depan kanak-kanak ini. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menampung kos sebanyak RM20 seperti apa yang pernah lakukan tahun lepas untuk membuka akaun bagi kanak-kanak ini.

“Inisiatif sebegini adalah amat dekat di hati saya kerana ia memberi peluang kepada anak-anak kita, terutamanya yang kurang bernasib baik untuk memulakan sesi persekolahan mereka tidak lama lagi dengan semangat yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Jangkauan Komuniti Madani Bank Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, program tersebut merupakan bukti komitmen berterusan Bank Rakyat dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat terutamanya di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi.

“Besarlah harapan kami agar sumbangan yang disalurkan ini dapat memberi manfaat kepada anak-anak dan seterusnya meringankan beban ibu bapa dan keluarga dalam menghadapi kekangan kewangan yang dihadapi.

“Bagaimanapun, usaha Bank Rakyat tidak akan berhenti di sini sahaja. Pelbagai program Jangkauan Komuniti sedang direncanakan untuk memberi lebih banyak manfaat kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Sejak awal tahun, Bank Rakyat telah melaksanakan pelbagai program Kembali Ke Sekolah di seluruh negara, dengan nilai hampir RM200,000 termasuk sumbangan kelengkapan sekolah dan bantuan pendidikan bagi membantu lebih 3,000 pelajar yang memerlukan di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Bank Rakyat juga mengambil langkah proaktif dengan menyumbangkan kemudahan pembelajaran digital kepada sekolah-sekolah terpilih.

Melalui usaha berterusan tersebut, Bank Rakyat terus memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan pendidikan dan kesejahteraan masyarakat di seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya