TANAH MERAH: Hujan lebat sejak semalam menyebabkan 56 orang penduduk di jajahan ini terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka ditenggelami banjir.
Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri berkata, setakat pukul 8 malam kesemua
dari 17 buah keluarga itu sedang berlindung di tiga buah PPS.
“Kami menasihati semua penduduk di kawasan rendah dan berisiko supaya segara berpindah ke PPS,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN