WASHINGTON: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dalam kejadian banjir kilat yang melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS) susulan hujan lebat berterusan sejak hujung minggu lalu. Gabenor Kentucky, Andy Beshear mengesahkan lapan kematian di negerinya dan memberi amaran jumlah korban boleh meningkat. Dalam satu sidang media semalam, beliau menggesa penduduk supaya tidak keluar rumah bagi mengelakkan risiko lemas dalam arus deras. “Saya minta semua orang jangan keluar memandu sekarang. Kekal di rumah dan selamatkan nyawa,” katanya. Kentucky, Georgia, Alabama, Mississippi, Tennessee, Virginia, West Virginia dan North Carolina merupakan antara negeri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya