BUENOS AIRES: Mahkamah Argentina mengeluarkan waran tangkap terhadap ketua junta Myanmar dan bekas pegawai, termasuk pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi, atas dakwaan pembunuhan beramai-ramai serta jenayah kemanusiaan menyasarkan etnik Rohingya. Keputusan mahkamah itu dikeluarkan sebagai tindak balas kepada aduan yang difailkan di Argentina oleh sebuah kumpulan advokasi Rohingya. Kes difailkan di bawah prinsip ‘bidang kuasa sejagat’, yang membolehkan negara mendakwa jenayah serius seperti pembunuhan beramai-ramai dan jenayah perang, tanpa mengira di mana ia berlaku. Dalam keputusan pada Khamis, Hakim Maria Servini berkata, dakwaan disenaraikan dalam aduan merangkumi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya