Anwar bangga Malaysia sentiasa terima kunjungan pemimpin dunia - Utusan Malaysia

Anwar bangga Malaysia sentiasa terima kunjungan pemimpin dunia

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berbangga apabila Malaysia sentiasa menerima kunjungan pemimpin besar dunia yang meyakini dengan komitmen negara dalam bidang pelaburan.

Perdana Menteri berkata, komitmen dan kesungguhan bukan sahaja ditonjolkan oleh barisan Menteri, tetapi mencerminkan keupayaan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

Beliau berkata, negara juga menjadi tarikan dunia hasil keharmonian dan perpaduan berbilang bangsa yang diterjemahkan sekaligus berjaya mengekalkan kehidupan dengan penuh rukun dan damai.

“(Malaysia) Pertumbuhan yang baik, pelaburan yang tinggi, AI (kecerdasan buatan) menjadi Pusat Data Centre dan hub semikonduktor walaupun kita hampir kecundang dengan beberapa skandal dan Covid-19.

“Dalam sebulan dua ini, ramai pemimpin besar akan datang termasuk Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Afrika Selatan,” katanya semasa menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Alamanda berwajah baharu di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berpesan agar umat Islam sentiasa berusaha mengangkat martabat negara dan tidak melayan sebarang perkara yang boleh meremehkan pemikiran.

Katanya, negara-negara maju seperti China, Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah berlumba-lumba mengangkat keupayaan teknologi, AI dan digitalisasi.

“Kalau tidak kita riuh-rendah dalam soal-soal titik bengit dan bergaduh.

“Kalau dengar kadang-kadang sebahagian ceramah dan tazkirah itu mengutuk orang. Tidak semua perkara kita boleh bersetuju.

“Ke arah kebaikan kita setuju, amalan-amalan asas kita setuju, tetapi dalam beberapa pendekatan ada perbedaannya dan perlu ada toleransi, tasamuh serta hikmah menyantuni,” katanya.

Anwar juga memberi peringatan kepada semua pemimpin agar fokus membantu rakyat dan bukan sibuk mencari kekayaan demi kesenangan sendiri.

“Bila ada keterlanjuran menggunakan kuasa sampai kaya beratus-ratus juta, simpan dalam dan luar negara, bila kita hendak ambil tindakan tidak boleh.

“Kita jangan dendam, jadi negara rosak. Sebab itu, kita perlu tegas, anak-anak muda terutamanya perlu ingat ambil sikap tegas kerana kita hendak menghentikan amalan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya