Anak kritikal tercekik gula-gula, bapa mohon doa orang ramai - Utusan Malaysia

Anak kritikal tercekik gula-gula, bapa mohon doa orang ramai

MOHAMMAD Fakhruddin Mohamad Fikri dan isteri, Nuraini Mohamad Isa menceritakan mengenai kejadian yang menimpa anak lelaki mereka Mohamad Fahmi Hafiz yang tercekik gula-gula 'gummy' ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang bapa merayu orang ramai agar tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa susulan kejadian menimpa anaknya yang sesak nafas akibat tercekik gula-gula ‘gummy’ dalam kejadian petang kelmarin.

Sebaliknya, Mohammad Fakhruddin Mohamad Fikri, 35, berharap semua pihak mendoakan kesejahteraan anaknya, Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, yang kini tenat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Saya dan isteri (Nuraini Mohamad Isa) tidak mahu salahkan sesiapa. Kami hanya minta doa sahaja, bukan simpati. Doakan anak saya agar ada keajaiban Allah berlaku.

“Saya juga tidak salahkan apa yang anak saya makan. Kita makan nasi pun kadang-kadang boleh tersedak. Benda macam itu boleh berlaku. Saya tak salahkan sesiapa, saya maafkan semua,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di HPP di sini, hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, Mohammad Fahmi Hafiz dipercayai membeli dua biji gula-gula ‘gummy’ di sebuah gerai sebelum sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sebuah sekolah kebangsaan di Butterworth.

Ketika kejadian, mangsa tercekik makanan ringan itu dan mengalami kesukaran bernafas. Dia bagaimanapun sempat berjalan ke arah guru sebelum rebah secara tiba-tiba.

Mohammad Fakhruddin yang bekerja sebagai penghantar makanan mengakui berasa sedih dan kecewa dengan komen-komen pengguna media sosial mengenai kejadian yang menimpa anaknya.

“Tekanan darah dan oksigen anak saya menurun. Nak selamatkan dia memang tipis. Saya cuma minta sumbangan doa dan saya sebenarnya terguris sangat dengan kata-kata negatif masyarakat. Memang sebak sebab bila saya baca (komen netizen dalam media sosial,” katanya.

Ibu saudara mangsa, Siti Farhani Muhammad Fikri, 33, berkata, tujuannya memuat naik status di Facebook mengenai kejadian yang menimpa anak saudaranya itu adalah untuk memohon doa daripada orang ramai memandangkan keadaan anak saudaranya yang kritikal ketika ini.

“Kami tidak salahkan sesiapa, peniaga, penjual atau mahu menutup periuk nasi sesiapa yang menjual coklat ini. Soal dia (Mohamad Fahmi Hafiz) tercekik gula-gula bukan salah sesiapa. Semuanya sudah Allah takdirkan dia makan gula-gula itu dia tercekik. Kami mohon doa semua agar ada keajaiban berlaku,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya