KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan enam akta di Parlimen.
Perkara itu dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menerusi pemasyhuran pagi ini.
“Saya suka hendak memberitahu majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia baginda telah memperkenankan akta-akta seperti berikut.
“Yang pertama, Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025; kedua, Akta Perkongsian Data 2025; ketiga, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2025; keempat, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025; kelima, Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) (Pindaan) 2025; dan yang keenam, Akta Pemegang Amanah (Pindaan) 2025,” katanya.
Beliau berkata demikian sebelum memulakan sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pagi ini.