86 syarikat subsidiari agensi Persekutuan rugi RM2.8 bilion - Utusan Malaysia

86 syarikat subsidiari agensi Persekutuan rugi RM2.8 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 86 syarikat subsidiari agensi Persekutuan mengalami kerugian berjumlah RM2.810 bilion pada 2023.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025, lima daripada 59 Agensi Persekutuan mempunyai pelaburan tertinggi melibatkan 109 syarikat subsidiari berjumlah RM63.472 bilion.

Katanya, sebanyak 100 syarikat subsidiari berstatus aktif manakala sembilan syarikat subsidiari berstatus dorman pada tahun 2023.

“Pada tahun 2023, sebanyak 131 daripada 217 syarikat subsidiari telah mencatatkan keuntungan berjumlah RM4.087 bilion manakala baki 86 syarikat subsidiari mengalami kerugian berjumlah RM2.810 bilion,” menurut laporan itu hari ini.

Selain itu, 21 syarikat subsidiari bagi lima agensi Persekutuan telah mengalami kerugian bagi tempoh tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2021 hingga 2023.

“Pada tahun 2023, sebanyak 21 syarikat subsidiari mengalami kerugian berjumlah RM970.55 juta yang terdiri daripada sembilan syarikat subsidiari yang beroperasi di dalam negara, manakala 12 syarikat subsidiari beroperasi di luar negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya