717 tangkapan babit pemalsuan kad pengenalan, miliki kad pengenalan orang lain - Utusan Malaysia

717 tangkapan babit pemalsuan kad pengenalan, miliki kad pengenalan orang lain

SHAMSUL Anuar Nasarah-JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 717 tangkapan dilaksanakan dalam operasi bersepadu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membanteras jenayah pemalsuan kad pengenalan dan memiliki kad pengenalan orang lain antara tempoh 2020 hingga 2024.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, daripada jumlah itu, 320 individu didakwa di mahkamah di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara (PPN) 1990.

“Kita tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak termasuk pegawai yang terbabit dengan jenayah itu sama ada menjual dan memiliki kad pengenalan orang lain.

“Kita mempunyai tatacara, tata kelola dan peraturan ketat. Mana-mana pegawai yang melakukan kesalahan tetap diambil tindakan berasaskan kesalahan dilakukan.

“Dalam soal penguatkuasaan, kita sentiasa tegas kerana pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang sangat diberi perhatian dan ia memberi impak besar kepada soal keselamatan negara,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) mengenai garis masa spesifik bagi tindakan lebih agresif oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menjejaki individu termasuk pegawai yang terbabit dalam sindiket pasport dan kad pengenalan.

Dr. Shamsul berkata, KDN dan JPN merancang memperkenalkan kad pengenalan struktur baharu dilengkapi ciri-ciri keselamatan lebih canggih seiring perkembangan teknologi terkini.

“Tujuannya (kad pengenalan baharu) adalah untuk memastikan dokumen pengenalan ini lebih sukar dipalsukan serta menjaga keselamatan negara dari sindiket pemalsuan ini,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pihaknya sedang melaksanakan kajian mengenai infrastruktur privasi data rakyat sebelum kad pengenalan itu diperkenalkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya