GUATEMALA CITY: Sekurang-kurangnya 51 orang terkorban manakala beberapa lagi cedera selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di pinggir ibu kota Guatemala, menurut pegawai tempatan. Jurucakap perkhidmatan bomba bandar, Mynor Ruano berkata, usaha sedang giat dijalankan untuk menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan bas tersebut. “Setakat ini, mayat 36 lelaki dan 15 wanita dihantar ke bilik mayat wilayah,” katanya kepada pemberita pada Isnin. Bas berkenaan sedang melalui laluan sibuk keluar masuk Guatemala City sebelum ia terjatuh dari jambatan lebuh raya yang merentasi jalan dan anak sungai. Rakaman yang dikongsi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya