500 kontena bawa masuk e-waste dalam dua tahun - Utusan Malaysia

500 kontena bawa masuk e-waste dalam dua tahun

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Seri Azmi Abu Kassim (dua kiri) bersama Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar (dua kanan) pada sidang akhbar Op Hazard di Menara Bukit Aman di sini hari ini. Gambar FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 500 kontena yang diperiksa di pelabuhan seluruh negara sepanjang tahun 2023 hingga tahun lalu dikesan mengandungi sisa elektronik (e-waste).

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, ia membabitkan sebanyak 462 kontena diperiksa di pelabuhan tahun lalu manakala 47 kontena pada tahun 2023.

“Ini menunjukkan peningkatan ketara antara dalam dua tahun ini. Daripada jumlah terbabit, sebanyak 140 kontena telah dihantar semula ke negara asal, manakala selebihnya sedang dalam proses penghantaran balik,” katanya dalam sidang akhbar Op Hazard di Bukit Aman di sini hari ini.

Menurutnya, JAS sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam memeriksa kontena.

“Sekiranya terdapat sebarang elemen mencurigakan berkaitan kontena kemungkinan mengandungi sisa elektronik, JAS akan dipanggil untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Jika disahkan mengandungi sisa elektronik, notis perintah akan dikeluarkan supaya barang tersebut dihantar semula ke negara asal,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, pegawai pegawai JAS tidak ditempatkan di pelabuhan sepanjang masa.

“Dalam Op Hazard, hanya 42 pegawai sahaja terlibat kerana kita kekangan perjawatan.

“Secara keseluruhan, setakat ini kita hanya ada seramai 1,118 penguat kuasa dan memerlukan lagi kira-kira 3,000 pertambahan perjawatan,” katanya.

Menurut Wan Abdul Latiff, dalam serbuan di 47 premis menerusi operasi Op Hazard baru-baru ini, sebanyak 15,000 tan metrik sisa elektronik telah dirampas

“Premis-premis tersebut sedang disiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

“Sebanyak 59 notis perintah dan 27 kompaun turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan manakala kira-kira 52 kertas siasatan akan dibuka untuk tindakan undang-undang,” katanya.

Beliau berharap kilang-kilang yang diserbu dalam Op Hazard dapat didakwa di bawah Seksyen 34B Akta 127.

“Di bawah seksyen ini, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM10 juta dan penjara tidak lebih daripada lima tahun.

Pada Mac 2024, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (Pindaan) Kualiti Alam Sekeliling 2023 yang meningkatkan hukuman terhadap mereka yang mencemarkan alam sekitar, termasuk pencemaran air daratan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya