45,853 murid baharu mula bersekolah di Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

45,853 murid baharu mula bersekolah di Kuala Lumpur

MEGAT Affandi Ismail melancarkan program 1st Day At School, Syoknya Sekolah! peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 45, 853 murid baharu yang terdiri daripada 22,503 pelajar sekolah menengah dan 23,350 murid sekolah rendah mula bersekolah di ibu kota, hari ini.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Megat Affandi Ismail berkata, jumlah ini mewakili sebanyak 290 buah sekolah.

Katanya, sebanyak 239 sekolah sesi pagi, tiga buah sekolah sesi petang sahaja manakala 48 buah lagi sekolah beroperasi dua sesi.

“Jumlah keseluruhan murid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2025 seramai 209,957 orang murid.

“Terdiri daripada 106,264 orang murid sekolah menengah dan 103,693 orang murid sekolah rendah.

“Bagi guru pula, sekolah di Kuala Lumpur mempunyai seramai 16,739 guru merangkumi 7,682 orang guru di sekolah menengah dan 9,057 orang guru di sekolah rendah manakala jumlah Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) seramai 2,157 orang,” katanya.

Beliau ditemui media selepas melancarkan program 1st Day At School, Syoknya Sekolah! peringkat negeri di ibu negara di sini, hari ini.

Tambahnya, sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menunjukkan peningkatan dari segi kehadiran murid ke sekolah saban tahun.

“Pada tahun lepas, kami berjaya mencatatkan 89.21 peratus kehadiran murid berbanding tahun 2023, 88.81 peratus.

“Peningkatan sebanyak 0.40 peratus membuktikan inisiatif bersama kaunselor sekolah untuk kenalpasti pelajar yang berisiko berhasil.

“Oleh itu, kami mengunjurkan kehadiran murid sebanyak 95.11 peratus untuk 2025,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya