1MDB gugur saman terhadap Riza Aziz dan dua lagi

1MDB gugur saman terhadap Riza Aziz dan dua lagi secara mengejut

RIZA AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Saman oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB)di Mahkamah Tinggi untuk menuntut semula AS$248 juta daripada Riza Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, serta dua individu lain telah dihentikan secara mengejut.

Peguam mewakili syarikat itu Rabindra S Nathan berkata, beliau memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan untuk menghentikan saman itu.

Bagaimanapun, tiada alasan diberikan mengenai penarikan balik saman itu.

“Peguam defendan (Riza Aziz, Red Granite Pictures dan Red Granite Capital Ltd ) tiada halangan terhadap permohonan plaintif untuk menarik balik saman itu.

“Isu ketika ini hanya berkait kos,” kata Rabindra.

Raja Ahmad mengarahkan kedua-dua pihak mengemukakan secara bertulis untuk beliau membuat keputusan Jumaat ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya