154,485 murid mula sekolah di Melaka

154,485 murid mula sekolah di Melaka

Mahfudzah Mohamed Noor mengadakan sidang akhbar sempena Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan pada hari pertama pembukaan persekolahan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 di SK Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 154,485 murid dari 318 buah sekolah membabitkan 87,266 murid sekolah rendah dan 66,547 pelajar sekolah menengah memulakan sesi persekolahan bagi sesi 2025/2026 di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka, Mahfudzah Mohamed Noor berkata, daripada jumlah tersebut seramai 13,922 murid mendaftar di tahun 1 di 238 buah sekolah rendah melibatkan 523 kelas.

Menurutnya, seramai 5,622 murid berumur enam tahun memulakan sesi persekolahan peringkat Prasekolah di 175 institusi pendidikan yang menawarkan 257 kelas keseluruhan.

Beliau berkata, seramai 14,021 pelajar tingkatan satu mendaftar di 75 buah sekolah menengah dengan melibatkan 398 kelas.

“Melalui Reformasi Pendidikan iaitu peluasan dan pengukuhan Prasekolah terdapat dua kelas Prasekolah PPKI di SK Ujong Pasir dan SK Pulai serta satu kelas Prasekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Alor Gajah.

“Satu kelas Prasekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Gelam dibuka membabitkan 11 murid dan dijangka sebuah lagi kelas akan dibuka di SMK Bemban, Julai ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Ruji Ubi pada hari pertama pembukaan persekolahan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 di SK Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru di sini semalam.

Mahfudzah berkata, JPN negeri komited bagi memastikan ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera’ yang difokuskan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dihayati di semua sekolah di nege­ri ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya