10,000 udang harimau pertama dilepaskan di perairan Balik Pulau - Utusan Malaysia

10,000 udang harimau pertama dilepaskan di perairan Balik Pulau

FARIZAN Darus (dua dari kiri, belakang) meninjau program pelepasan udang harimau di perairan Pulau Betong, di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Sebanyak 10,000 ekor udang harimau dilepaskan di perairan Pulau Betong di sini menerusi inisiatif Pelan Induk Pengimbangan Ekologi Penang South Island (PEOM).

Ketua Pegawai Eksekutif Penang Infrastructure Corporation Sdn. Bhd. (PICSB), Datuk Seri Farizan Darus berkata, program itu bertujuan memperkayakan sumber perikanan dan mengukuhkan usaha pemuliharaan marin di perairan selatan Pulau Pinang.

“Program pelepasan stok ini adalah komponen penting dalam PEOM dan ia memperkukuhkan komitmen kita terhadap pemuliharaan marin dan perikanan lestari.

“Program ini juga merupakan inisiatif perintis untuk menilai keberkesanan usaha pelepasan stok ikan dan udang di selatan Pulau Pinang. Hasil kajian ini akan memberikan panduan berharga bagi usaha pemuliharaan pada masa depan,” katanya di sini, hari ini.

PICSB merupakan syarikat tujuan khas yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri bagi menyelia pembangunan Pulau Silikon, yang kini sedang dalam fasa penambakan di perairan selatan Pulau Pinang.

Sebanyak 42,000 ekor lagi udang harimau dan 25,000 ekor ikan siakap akan dilepaskan secara berperingkat di perairan sekitar Pulau Betong dan Pulau Kendi dalam tempoh lima bulan akan datang.

Inisiatif itu merupakan usaha kolaboratif yang melibatkan kerajaan negeri melalui pemaju projek Silicon Island Development Sdn Bhd, Pusat Kajian Samudera dan Pantai (Cemacs) dan agensi kerajaan berkaitan.

Pengarah Cemacs, Prof. Datuk Dr. Aileen Tan berkata, pemilihan spesies bagi program pelepasan stok itu dibuat berdasarkan kriteria yang ketat untuk memastikan keseimbangan ekologi dan kelestarian jangka panjang.

“Kami hanya memperkenalkan spesies asal yang mempunyai kadar kelangsungan hidup yang tinggi di perairan Pulau Pinang bagi memastikan usaha pelepasan stok ini tidak mengganggu ekosistem sedia ada,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya