YPNM gerak 1,000 biro pemantau, pantau harga barangan sempena Tahun Baharu Cina - Utusan Malaysia

YPNM gerak 1,000 biro pemantau, pantau harga barangan sempena Tahun Baharu Cina

MOHD. FIRDAUS ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) menggerakkan 1,000 biro pemantauan di seluruh negara untuk memantau harga barangan dan perkhidmatan sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina 2025.

Presiden YPNM, Datuk Dr. Mohd. Firdaus Abdullah berkata, pemantauan dilakukan di semua premis perniagaan, pasaraya, pasar borong dan pasar malam.

“Sebarang pelanggaran harga kawalan musim perayaan dan sebarang kenaikan harga barangan yang tidak munasabah akan dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan selanjutnya.

“YPNM juga mengesa semua peniaga beretika dalam perniagaan dengan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan keperluan asas seharian sempena musim perayaan ini dan cuti panjang persekolahan.

“Peniaga juga perlu memastikan tanda harga yang jelas, timbang yang jujur. Pengguna juga perlu meneliti dan memahami sebarang harga barangan yang dikawal sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina ini,” katanya.

Menurutnya, YPNM juga mengesa pihak kerajaan memastikan barangan basah dan kering sentiasa mencukupi di pasaran dengan harga yang berpatutan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN