Wanita maut motosikal dirempuh dari belakang

Wanita maut motosikal dirempuh dari belakang

WANITA maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh dari arah belakang oleh sebuah motosikal lain di Jalan Batang Kali-Ulu Yam Bharu berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mansor, Batang Kali, tengah malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh dari arah belakang oleh sebuah motosikal lain di Jalan Batang Kali-Ulu Yam Bharu berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mansor, Batang Kali, tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd. Asri Mohd. Yunus berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 11.40 malam melibatkan dua buah motosikal yang datang dari arah yang sama.

“Mangsa seorang wanita berusia 53 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas motosikalnya dirempuh dari belakang oleh seorang penunggang lelaki berusia 19 tahun.

“Penunggang lelaki tersebut tercampak ke tepi jalan dan telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan otak serius (traumatic brain injury).

“Kedua-dua motosikal yang terlibat telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Asri menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan agar tampil membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya