Van Thailand salah guna permit ambil, hantar pelancong di Malaysia

Van Thailand salah guna permit ambil, hantar pelancong di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan banyak van dari Thailand menyalahgunakan Permit Edaran Antarabangsa (ICP) untuk mengambil dan menghantar pelancong di negara ini sejak 1 Januari lalu.

Ketua Pengarahnya,, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kesalahan itu dikesan hasil Operasi Saman Tertunggak Kenderaan Pendaftaran Asing Thailand (Op Tunggak) yang dijalankan sehingga 24 Januari lalu di empat negeri bersempadan dengan Thailand iaitu Kelantan, Kedah, Perak dan Perlis.

Menurutnya, melalui menerusi operasi itu JPJ mendapati van dari Thailand memohon ICP tetapi tidak mematuhi undang-undang mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Untuk makluman, ICP hanya dikeluarkan kepada kenderaan dari Thailand untuk kegunaan persendirian di negara ini selama tempoh 90 hari. Namun mereka bertindak mengambil pelancong atau penumpang di sini.

“Siasatan mendapati, kebanyakan pemandu dari Selatan Thailand menyalahgunakan permit yang diberikan dan membawa penumpang semasa operasi dijalankan,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Setia Khas JPJ Negeri Kelantan di pekarangan parkir awam JPJ Kelantan, Panji di sini semalam.

Aedy Fadly memberitahu, pemandu van Thailand turut didapati bergerak bebas dan tidak hanya menunggu penumpang mereka di kawasan pintu sempadan negara kerana sudah memiliki ICP.

Katanya, ada dalam kalangan mereka dipercayai berperanan sebagai penghantar kepada tukang masak warga Thailand untuk dibawa ke premis-premis makanan di negara ini.

Aedy Fadly berkata, sepanjang 24 hari Op Tunggak, sebanyak 172 kenderaan dengan sebanyak 619 Notis JPJ(P)22 dikeluarkan kepada pemilik kenderaan dan pemandu kenderaan Thailand di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, sepanjang operasi itu sebanyak 16 van Thailand disita di Kelantan selepas didapati menyalahgunakan ICP termasuk kesalahan tiada lesen memandu dan cermin gelap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya