Van Thailand dikesan salah guna ICP

Van Thailand dikesan salah guna ICP

AEDY Fadly Ramli (kanan) menunjukkan van Thailand yang ditahan menerusi Op Tunggak di pekarangan parkir awam JPJ Kelantan, Panji, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan banyak van dari Thailand dikesan menyalahgunakan Permit Edaran Antarabangsa (ICP) untuk mengambil dan menghantar pelancong di negara ini sejak 1 Januari lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kesalahan itu dikesan hasil operasi itu Operasi Saman Tertunggak Kenderaan Pendaftaran Asing Thailand (Ops Tunggak) yang dijalankan sehingga 24 Januari lalu di empat negeri bersempadan dengan Thailand iaitu Kelantan, Kedah, Perak dan Perlis.

Menurutnya, melalui menerusi operasi itu JPJ mendapati van dari Thailand memohon ICP, tetapi tidak mematuhi undang-undang mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Untuk makluman, ICP hanya dikeluarkan kepada kenderaan dari Thailand untuk kegunaan persendirian di negara ini selama tempoh 90 hari. Namun mereka bertindak mengambil pelancong atau penumpang di sini.

“Siasatan mendapati, kebanyakan pemandu dari Selatan Thailand menyalahgunakan permit yang diberikan dan membawa penumpang semasa operasi dijalankan,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Setia Khas JPJ Negeri Kelantan di pekarangan parkir awam JPJ Kelantan, Panji di sini hari ini.

Aedy Fadly memberitahu, pemandu van Thailand turut didapati bergerak bebas dan tidak hanya menunggu penumpang mereka di kawasan pintu sempadan negara kerana sudah memiliki ICP.

Katanya, hasil ada dalam kalangan mereka dipercayai berperanan sebagai penghantar kepada tukang masak warga Thailand untuk dibawa ke premis-premis makanan di negara ini,” ujarnya.

Aedy Fadly berkata, sepanjang 24 hari Ops Tunggak, sebanyak 172 kenderaan dengan sebanyak 619 Notis JPJ(P)22 telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan dan pemandu kenderaan Thailand di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, sepanjang operasi itu sebanyak 16 van Thailand disita di Kelantan selepas didapati menyalahgunakan ICP termasuk kesalahan tiada lesen memandu dan cermin gelap.

“JPJ turut mendapati pemandu van Thailand yang memasuki sempadan negara di Perlis paling banyak melakukan kesalahan melibatkan ICP. Berdasarkan rekod, seorang pemandu van Thailand diberikan sebanyak 85 saman bernilai RM25,200 atas pelbagai kesalahan termasuk tiada ICP sejak tiga tahun lalu.

“Saman tersebut dikumpul dalam tempoh tersebut dan pemandu itu sudah menjelaskannya baru-baru ini sebelum kenderaannya bebas daripada sitaan. Sepanjang tempoh operasi itu, JPJ berjaya mengutip bayaran saman sebanyak RM425,104 dengan 332 saman tertunggak telah diselesaikan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya