Valencia catat suhu tertinggi dalam sejarah - Utusan Malaysia

Valencia catat suhu tertinggi dalam sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Bandar pantai Mediterranean Valencia mencatatkan suhu tertinggi bulan Januari dengan 26.9 darjah Celsius pada Isnin, berdasarkan rekod lebih 150 tahun, menurut agensi cuaca kebangsaan Sepanyol.

Agensi Meteorologi Sepanyol (AEMET) dalam kenyataan berkata, suhu itu memecahkan rekod sebelumnya iaitu 26.6 darjah Celsius yang direkodkan pada 22 Januari 2018, berdasarkan data sejak tahun 1869.

Fenomena angin dari arah barat dikatakan menjadi punca utama suhu luar biasa panas di kawasan pantai, dengan beberapa lokasi turut mencatatkan suhu malam paling panas antara Ahad hingga Isnin, menurut persatuan cuaca wilayah Valencia, Avamet.

Sepanyol kini berada di barisan hadapan krisis iklim apabila gelombang haba yang lebih panjang, teruk, dan kerap melanda negara itu.

Saintis menjelaskan, lautan telah menyerap 90 peratus haba berlebihan yang dihasilkan oleh aktiviti manusia sejak zaman revolusi perindustrian.

Suhu Laut Mediterranean yang semakin meningkat juga telah mencetuskan ribut dahsyat pada Oktober lalu, sekali gus menyebabkan banjir paling buruk dalam beberapa dekad di Sepanyol.

Kejadian itu menyaksikan rantau Valencia terjejas teruk dengan hampir keseluruhan daripada 232 mangsa korban direkodkan di kawasan tersebut. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya