Tujuh premis makanan tidak bersih di Gua Musang diarah tutup

Tujuh premis makanan tidak bersih di Gua Musang diarah tutup

KAKITANGAN JKNK menampal notis penutupan premis yang kurang bersih di Gua Musang, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengarahkan tujuh premis makanan tidak bersih di Gua Musang diarah tutup selama dua minggu selepas gagal mencapai tahap yang telah ditetapkan.

Pengarahnya Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, penutupan itu hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas 55 buah premis makanan sekitar Gua Musang meliputi Bandar Lama, Bandar Baru, Bandar Utama, Bandar Felda Chiku 3 dan kawasan Kesedar Paloh 1 serta Paloh 2.

Menurutnya, tindakan itu selari dengan peraturan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

“Pemilik premis makanan yang tidak mematuhi perintah penutupan premis makanan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima (5) tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr. Zaini memberitahu, pada masa sama JKNK turut mengeluarkan 63 notis tawaran kompaun berjumlah RM17,200 kepada pemilik premis dan pengendali makanan di atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan- Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Katanya, kesalahan melibatkan pakaian pengendali makanan merekodkan notis tertinggi iaitu 38 dan lain-lain kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Dr Zaini berkata,JKNK sentiasa peka dan mengambil berat isu berkaitan keselamatan serta kualiti makanan di negeri ini bagi memastikan kebersihan premis sentiasa berada dalam keadaan memuaskan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya