Tujuh kakitangan PTD Klang tipu hak milik tanah ditukar jabatan

Tujuh kakitangan PTD Klang tipu hak milik tanah ditukar jabatan

YUSRI Zakariah memotong riben sebagai simbolik penerimaan jentera low loader oleh PTGS menerima di Dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, semalam. – UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Gara-gara menukar hak milik tanah secara tidak sah, tujuh kakitangan penjawat awam di Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang dipindahkan ke jabatan lain.

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS), Datuk Dr. Yusri Zakariah berkata, insiden tersebut tidak melibatkan kakitangan di bawah jabatannya, namun kakitangan dipindahkan itu tidak lagi bertugas di bahagian yang melibatkan peng­urusan tanah.

“Mereka dipindahkan ke bahagian lain sementara menunggu siasatan yang dibuat polis ketika ini.

“Pihak kami turut melakukan siasatan dalaman ke atas kesemua yang terlibat serta melakukan serta bahagian berkaitan berhubung kes itu,” katanya ke­tika ditemui pada Majlis Peras­mian Jentera Low Loader dan Kawad Bulanan Penguatkuasaan Pentadbiran Tanah Negeri Selangor, semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan polis sedang me­nge­san penglibatan individu lain dalam percaya kegiatan memindah milik tanah secara tidak sah membabitkan ‘orang dalam’ di sebuah pejabat tanah dan galian (PTG) di Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihak­nya setakat ini menahan 17 individu termasuk tujuh penjawat awam untuk membantu kes ber­kenaan.

Jelas Yusri, jenayah itu berlaku di antara bulan Ogos dan November tahun lalu dan pi­haknya sudah memberikan ke­terangan serta bahan bukti kepada polis.

“Kami melihat kakitangan ini melakukan perbuatan tersebut semasa PTGS sedang melakukan penukaran sistem lama kepada sistem baharu, iaitu sistem e-Tanah (untuk melakukan penukaran hak milik tanah).

“Ini adalah satu tindakan ti­dak berintegriti yang dibuat ka­kitangan ini dan saya perkara ini tidak berulang lagi pada masa akan datang,” katanya.

Malah, beliau meminta orang ramai tidak bimbang mengenai kejadian tersebut kerana ia ti­dak melibatkan pihak luar atau serangan secara menggodam sis­tem pengurusan tanah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya