Tipu pakej umrah: Suami isteri bakal ditahan semula - Utusan Malaysia

Tipu pakej umrah: Suami isteri bakal ditahan semula

GISBH Selangor
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik syarikat pengendali umrah akan ditahan semula bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan kerugian RM2.1 juta.

Suami isteri itu bersama enam individu yang merupakan kakitangan syarikat tersebut ditamatkan reman pada hari ini, namun pasangan berkenaan akan ditangkap semula susulan satu lagi kes penipuan yang dilaporkan di Johor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis Johor giat menyiasat kes tersebut yang membabitkan pasangan itu.

“Bagaimanapun, kes penipuan di Selangor akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Di Selangor, polis sudah menerima 42 laporan termasuk 28 dari mangsa, 13 staf dan satu dari pihak Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Jumaat lalu, polis akan memohon menyambung tempoh reman terhadap lapan individu termasuk pemilik syarikat pengendali umrah berhubung dakwaan kegagalan menerbangkan jemaah umrah ke Mekah, Selasa lalu.

Mereka ditambah reman selama satu hari bermula semalam dan dilepaskan dengan jaminan polis hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seramai lapan individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pemilik sebuah syarikat pengendali umrah direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan kerugian RM2.1 juta.

Hussein berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 24 hingga 46 tahun, termasuk dua wanita yang merupakan kakitangan syarikat tersebut.

“Siasatan awal mendapati syarikat pengendali umrah itu mula beroperasi sejak tahun 2022 dan telah berpindah ke sebuah premis tiga tingkat di Sepang pada Oktober tahun lalu.

“Penahanan dibuat selepas polis menerima tujuh laporan awal mengenai penipuan pakej umrah yang diiklankan melalui aplikasi TikTok dan ejen syarikat,” jelasnya.

Kesemua suspek sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menipu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN