Tiada kesalahan jenayah dalam kematian mahasiswa UiTM

Tiada kesalahan jenayah dalam kematian mahasiswa Palapes UiTM

Palapes UiTM
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiada kesalahan jenayah dikesan dalam insiden kematian melibatkan seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ketika menjalani latihan sebagai pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihak pendakwa raya memutuskan tiada sebarang kesalahan apabila kertas siasatan dikemukakan selepas polis mengambil 64 keterangan daripada pelbagai pihak.

“Kes itu, polis selesai siasat dan kita merakam sehingga 64 keterangan daripada semua pihak dan kertas siasatan berdasarkan laporan kematian mengejut (SDR) sudah dirujuk kepada pendakwa raya. Pihak pendakwa raya memutuskan tiada sebarang kesalahan ataupun foul play dalam insiden tersebut.

“Mangsa yang meninggal dunia dalam insiden tersebut disebabkan oleh strok haba. Tiada foul play dikesan dalam insiden tersebut dan kita memutuskan siasatan kes selesai dan keputusannya tiada kesalahan jenayah oleh mana-mana pihak,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, polis mengesahkan kematian Muhammad Amir Rusyaidi Muhammad Zaidi yang meninggal dunia pada 13 November lalu akibat strok haba dan kegagalan fungsi pelbagai organ.

Mahasiswa berkenaan meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan sejak dimasukkan ke hospital pada 10 November lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya