Tiada jalan darat, penduduk angkut sawit guna sampan - Utusan Malaysia

Tiada jalan darat, penduduk angkut sawit guna sampan

MAT Radzi Sahuddin membawa buah kelapa sawit menggunakan sampan menyeberangi Sungai Kinta di Pasir Salak, Perak – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Ketiadaan jalan darat menyebabkan dua beranak di Kampung Permatang Pelandok di sini terpaksa menggunakan sampan untuk menyeberangi sungai bagi mengangkut buah kelapa sawit dari kebun.

Mat Radzi Sahuddin, 44, dan bapanya, Sahuddin Talib, 83, yang mengusahakan sawit seluas lima ekar telah menjadikan Sungai Kinta sebagai jalan pintas untuk membawa keluar hasil kebun untuk dijual.

Mat Radzi berkata, dia tiada pilihan mengangkut buah sawit menggunakan sampan ke­rana tanah yang diusahakan terletak jauh dari jalan utama atau jalan kampung sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Buah sawit dikumpul di tebing sungai sebelum dimuatkan dalam sampan dan dibawa menyeberang sungai dengan menaiki sampan menggunakan enjin.

“Cara ini memang bahaya, terdedah dengan pelbagai kemungkinan terutama dihanyut­kan arus deras. Namun kami tiada pilihan, hanya cara ini sahaja yang ada untuk kami mengangkut buah keluar dari kebun,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, kesukaran uta­ma yang dihadapinya ialah apabila arus sungai terlalu deras terutama pada musim hujan menyebabkan mereka sukar untuk mengawal sampannya.

Katanya, malah sampan pernah terbalik akibat arus deras menyebabkan semua buah sawit dihanyutkan arus.

“Pengalaman berdepan arus deras ketika bawa buah sawit menggunakan sampan sangat menakutkan. Dalam kejadian itu, sampan tidak sempat sampai ke tebing seberang sungai, sebaik sahaja tiba di tengah su­ngai, arus deras menyebabkan sampan terbalik, habis semua buah kelapa sawit hanyut.

“Masa itu saya tidak tidak memikirkan mengenai buah sawit yang hanyut, saya hanya memikirkan keselamatan diri. Saya berjaya berenang sampai ke tebing sungai.

“Sejak kejadian itu saya lebih berhati-hati setiap kali arus su­ngai deras dan tidak membawa muatan lebih, ia boleh menyebabkan sampan tenggelam,” katanya.

Menurutnya, setiap kali me­ngeluarkan hasil kebun, dia dan bapanya mula bekerja pada pukul 9 pagi hingga 2 petang.

“Biasanya untuk enam kali ulang alik mengangkut buah menyeberang sungai, seba­nyak kira-kira dua tan sawit dapat dikumpulkan. Kami akan terus mengangkut buah menggunakan sampan kerana tiada jalan darat,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya