Tiada dokumen pengenalan, bapa buntu masa depan lima anak

Tiada dokumen pengenalan, bapa buntu masa depan lima anak

Dokumen pengenalan
AZZEHAR Che Mani (kanan) bersam isteri dan lima anak di rumahnya di Kampung Tebuk Jawa, Sungai Air Tawar, di Sabak Bernam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Seorang pengutip buah sawit buntu mengenai masa depan lima anaknya yang tiada dokumen pengenalan diri dan pendidikan formal seperti kanak-kanak lain.

Azzehar Che Mani, 52, berkata masalah itu berlaku selepas dia bernikah dengan isterinya, Fitriani Efendi, 36, yang berasal dari Medan, Indonesia dan bernikah pada 2011.

“Saya beberapa kali memohon untuk mendapatkan kewarganegaraan buat isteri dan anak-anak namun belum berjaya sehingga kini.

“Selain itu, saya pernah mengupah ejen menguruskan masalah ini tetapi ditipu ribuan ringgit,” katanya ketika ditemui dekat rumahnya di Kampung Tebuk Jawa, Sungai Air Tawar, hari ini.

Pasangan itu dikurniakan lima anak yang dilahirkan di negara ini iaitu Afif Che, 14; Akif Che, 12; Arif Che, 8; Abdullah Che, 6; dan Ain Che, 3.

Tambah Azzehar, dia tidak sesekali mengabaikan pendidikan biarpun tidak dapat menghantar semua anaknya ke sekolah.

“Saya kini hanya mampu mengajar mereka untuk mengenal semua huruf, membaca dan mengaji. Jika Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris itu saya boleh sedikit namun mampu mengajar mereka Matematik dan Sains,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail berkata, pihaknya bersedia membantu keluarga berkenaan yang diharap dapat memberi kerjasama yang baik bagi menyelesaikannya.

“Saya dan Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam, JKM (Jabatan kebajikan Masyarakat), pimpinan masyarakat dan kampung telah menziarahi mereka.

“Penyelesaian itu penting bagi memastikan lima kanak-kanak itu mendapat pengiktirafan dan hak sebagai warga negara terutama bersekolah serta mempunyai kerjaya baik pada masa depan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya