TI-M kesal dakwaan pegawai JAS lepas e-sisa - Utusan Malaysia

TI-M kesal dakwaan pegawai JAS lepas e-sisa

ANTARA sisa elektronik dan peralatan yang disita di sebuah kilang di Sungai Kandis, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ROSLI MD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Transparency International Malaysia (TI-M) menyatakan kebimbangan terhadap dakwaan serius melibatkan seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang didakwa cuba melepaskan konsainan e-sisa di Pelabuhan Klang baru-baru ini.

Presiden TI-M, Dr. Muhammad Mohan berkata, insiden tersebut merupakan pelanggaran besar terhadap kepercayaan awam dan merosakkan integriti peraturan alam sekitar negara jika dakwaan adalah benar.

“Kami menggesa Pengarah JAS memberikan penjelasan yang jelas dan telus mengenai insiden ini serta mengambil tindakan disiplin tegas sekiranya dakwaan terbukti benar.

“Penjawat awam yang diamanahkan dengan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar mesti memegang piawaian kebertanggungjawaban dan integriti yang tertinggi,” katanya menerusi satu kenyataan.

Pada 6 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan Pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) cuba melepaskan kontena-kontena mengandungi sisa elektronik atau e-waste dan menyebabkan pencemaran di Westports, Pelabuhan Klang.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berkata, pihaknya menerima maklumat terdapat kemungkinan salah laku oleh pegawai JAS kerana memberi kebenaran untuk melepaskan kontena-kontena tersebut.

Mengulas lanjut, Muhammad Mohan berkata, berdasarkan kenyataan yang dilaporkan oleh EAIC, pihak JAS gagal bertindak terhadap maklumat yang dibocorkan dan siasatan terhadap konsainan e-sisa dilewatkan.

Katanya, kes seperti ini menjejaskan usaha Malaysia untuk memerangi rasuah dan meningkatkan kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

“Skor CPI Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan pada tahun 2023, tetapi kemunduran seperti ini mempertingkatkan cabaran berterusan yang kita hadapi dalam usaha membasmi rasuah.

“Tanpa tindakan segera, kepercayaan orang ramai terhadap institusi negara akan terus terhakis. Maka, saya gesa langkah pencegahan diambil bagi menghalang kejadian serupa pada masa akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya